Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Menghitung Waktu

In less than a month, in syaa Allah, kaki ini akan menghenyak di bumi Malaysia. Kepala masih kosong. Aku masih menerawang, tak tentu hala. Banyak di fikirkan, sehingga jadi kosong. Jujurnya, ini detik yang paling aku takut setelah 4 tahun berada di bumi England. 4 tahun yang lalu. Aku masih ingat lagi lambaian bonda ketika turun dari escalator, menuju ke ruang immigration. Tanpa aku sedar, itu adalah kali terakhir bonda 'hantar' aku untuk belajar. Aku benci tapi aku rindu saat itu. Aku benci, sebab itu saat terakhir, aku rindu, sebab aku terbayang senyum bonda. Senyum bonda dalam kepayahan.  Hidup dalam denial, kau fikir mudah?  Ikhlas, jemari joget

Apa yang akan paling dirindui?

Sedetik beberapa hari lagi, in syaa Allah aku bakal pulang ke Malaysia. Berbudi Berbakti gitew. Ada kawan-kawan yang tanya, apa yang kau paling rindu nanti? Selain SV aku, snow dan ofismet yang osem, aku pon tak tahu apa bende lain yang aku bakal rindu. Sehinggalah, saat aku tunaikan solat isyak pada jam 6.00 pm td. Baru aku sedar. Dalam banyak-banyak bende yang aku akan paling rindu, adalah waktu solat musim winter 😆.  Isyak, kol 6.30 pm, kol 8.00 pm, dah boleh tidur dengan enaknya, especially bila diserang migrain waktu winter. Syok sgguh rasa 😜.  Sekian. 

Alhamdulillah

Hari ini, 5 Disember 2017, 5 hari setelah peperiksaan besar berlangsung. Alhamdulillah, it went well and smooth. Rasa lebih mendebarkan viva waktu master dlu 😅.  Sungguh aku yakin, ini berlaku bukan sebab usaha aku, tapi lebih kepada, ihsan dari seorang Pencipta kepada hambaNya. Aku bukan hamba yang patuh, lebih dari berjuta kali tersungkur di kaki dosa, tapi Allah tetap beri nikmatNya untuk aku. Juga mungkin ada doa-doa dari keluarga dan rakan-rakan yang ikhlas mendoakan aku. Sungguh Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian 😇. Viva-voce yang sepatutnye berlangsung pada jam 9.00 pagi, tertunda pada jam 10.12 atau 10.20  pagi (lebih kurg) berakhir pada jam lebih kurg 12.00 noon. Tertunda? Examiners datang lambat 😅. Aku? Terase bersyukur juga, sebab Chapter 2 waku tu, tak sempaat nak bace habis for the second time. Makanya, aku gunakan waktu itu untuk 'mentelaah' Chapter itu. Supervisor aku? Beliau dtg awal juga, and he stay with me in the room, sambil menunggu kedua-...