Skip to main content

Alhamdulillah


Hari ini, 5 Disember 2017, 5 hari setelah peperiksaan besar berlangsung. Alhamdulillah, it went well and smooth. Rasa lebih mendebarkan viva waktu master dlu 😅.  Sungguh aku yakin, ini berlaku bukan sebab usaha aku, tapi lebih kepada, ihsan dari seorang Pencipta kepada hambaNya. Aku bukan hamba yang patuh, lebih dari berjuta kali tersungkur di kaki dosa, tapi Allah tetap beri nikmatNya untuk aku. Juga mungkin ada doa-doa dari keluarga dan rakan-rakan yang ikhlas mendoakan aku. Sungguh Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian 😇.

Viva-voce yang sepatutnye berlangsung pada jam 9.00 pagi, tertunda pada jam 10.12 atau 10.20  pagi (lebih kurg) berakhir pada jam lebih kurg 12.00 noon. Tertunda? Examiners datang lambat 😅. Aku? Terase bersyukur juga, sebab Chapter 2 waku tu, tak sempaat nak bace habis for the second time. Makanya, aku gunakan waktu itu untuk 'mentelaah' Chapter itu. Supervisor aku? Beliau dtg awal juga, and he stay with me in the room, sambil menunggu kedua-dua examiners. 

Examiners sampai. Ade borak-borak skit antara penyelia aku dengan examiners aku. Aku? cam biase, sengih-sengih ajo 😆. Viva bermula dengan slides presentation. Internal tanye, how long? Then, dengan penuh konfiden aku jawab, 20 minutes, based on mock-viva aku dengan kawan-kawan opis. Then, he said, make it to 10 minutes. Tarik nafas, dan bermulalah presentation aku. Laju selaju-lajunye. Lebih kurg 9 minutes, aku sampai ke slides terakhir. Den berjaye 😎. Tapi lepas tu, internal examiner soh tutup laptop and screen. We only need this (sambil tunjuk thesis). Aku? sengih cam biasa 😬. Alhamdulillah, viva ini berlangsung lebih kepada discussion. Macam mane aku discuss dengan officemate aku, macam mane aku argue balik setiap soalan officemate aku, macam gitu jugak, aku practisekan semasa viva ini berlangsung. And they were okay. Ada antara soalan yang diorang tanye, aku jawab balik dengan persoalan 😉. Ini seriously spontan. Aku pon terkejut bila aku jawab begitu. But suprisingly, they WERE OKAY. Tak de riak wajah TERCABAR pon terzahir di wajah mereka. Alhamdulillah. 

Mungkin ada sedikit yang aku boleh kongsikan di sini. Tidak bermaksud apa-apa, harapnya perkongsian ini, boleh jadi batu loncatan untuk aku di akhirat nanti. In syaa Allah. 


________________________________________________________________________________
Sharing 1: 
Aku cuba sebaik mungkin TIDAK bertanya tentang progress study kawan-kawan, melainkan jika mereka approach untuk bertanya nasihat.

Bukan tidak mengambil berat, cuma aku pasti, kawan-kawan aku sudah memiliki penyelia dan team yang boleh memantau mereka dalam progress pengajian. Jadi, kenapa aku perlu menyibuk 😜? Ada juga antara rakan-rakan yang baru pulih dari depression, dan kadang-kala soalan-soalan seperti : 

"Bila nak submit?"
"Bila nak viva?"
"Tahun berapa sekarang?"
"Eksperimen dah siap?"

boleh trigger depression mereka. Tapi, kalau ada kawan-kawan yang tanye aku soalan-soalan 👆, aku pasti tanye balik progress mereka. Biar kita sama-sama depress 😛. Gatal sgt nak tahu kan? haha 😈.

Sharing 2: 
Kurangkan bercerita tentang hal orang lain.

Ini antara hikmah yang aku dapat sepanjang pengajian PhD. Aku cuba sebaik mungkin mengawal telinga dan mulut aku. Kadang-kadang gagal juga 😜. Alhamdulillah, Allah izinkan abg ipar aku dan kakak aku ke Sheffield juga. Jadi, aku hanya perlu bercerita tentang hal keluarga dengan kakak aku 😜. When you less talk about people, you get more time to think and muhasabah about yourself. Thanks to Kak Ita sebab mengajar aku untuk menjadi manusia yang begini. Alhamdulillah.

Sharing 3:
Pilihan doa yang terbaik.

Aku suka dengar lecture Dr MAZA. Dan beliau banyak mengulang tentang, doa paling baik dan bagus, adalah doa-doa dari Al-Quran dan hadith-hadith SAHIH. Jadi, tiap kali, mengaji dan tadabbur, bila jumpa ayat-ayat yang boleh dijadikan berdoa aku cuba amalkan. Antaranye Surah Al-baqarah (2: 32) dan surah Al-kahfi (18:10). Al-mathurat pon berbaloi diamalkan. 
Sejujurnya, in two weeks before aku viva, aku terbaca di IIUM confession 😝. Dan confession ni, sgt menarik minat aku. Aku cuba amalkan. Thanks to that girl. Semoga Allah meredhai apa sahaja yang awk lakukan. 

1. Solat sunat dhuha 4 rakaat
2. Baca surah Al-rahman
3. Baca surah Al-Waqiah.

Seikhlasnya, aku terasa sgt yang ini antara usaha yang memudahkan aku. Untuk mereka yang tahu keupayaan aku berbahasa Inggeris, aku sgt berbelit-belit nak ckp. Tapi, allahuakbar, lidah aku sgt lancar. Sungguh aku pon terasa aneh. Dan sungguh aku yakin, Allah yang gerakkan lidah aku untuk berbicara selancar itu. 

Satu lagi. Aku rasa sesuatu perasaan yang sangat tenang semasa viva. Tenang yang lebih tenang dari aku tengok snow. Tak tahu nak describe tapi hasil discussion aku dengan kakak dan abg ipar, itulah perasaan tenang yang Allah hadirkan. Aku mohon sgt, supaya boleh istiqamah sebab rasa tenang tu, best sgt. 

Sharing 4:
Discuss and argue dengan rakan-rakan 

Ini lebih kepada, build confidence, but not over-confidence. Jangan acah-acah bagus. If apa yang rakan-rakan cakap tu lain dari apa yang korang faham, jangan cepat sangat percaya. Double-check. Tapi, lepas tu, jangan pulak korang sentap, bila kawan-kawan korang tidak percaya apa yang korang sampaikan. Kita kena ADIL. Semua orang, ada hak untuk cari kebenaran dalam setiap maklumat yang diterima. 

Sharing 5:
Baca tesis dari page-to-page. Kalau boleh, repeat sampai nak muntah 😛.

Sharing 6:
Rajin-rajinkan diri lawat blog :
1. Dr Othman Talib (http://drotspss.blogspot.co.uk)  dan 
2. Dr Azmin (http://aazmin.blogspot.co.uk). In syaa Allah, membantu. 

Sharing 7:
Pakai pakaian yang selesa ketika viva.

Aku tidak pasti di Malaysia bagaimana. Tapi, alhamdulillah, di Sheffield, tiada kod pemakaian khas. Jadi, aku pilih untuk pakai, pakaian yang aku biasa gunakan untuk ke lab, ofis atau library. Jeans, shirt dan tudung Adijuma. Simple dan anggun. 

________________________________________________________________________________

Rasanya cukup la setakat ini. Harapnya, perkongsian ini membantu sedikit, walaupon tak banyak. Aku doakan untuk kawan-kawan yang sedang berjuang, semoga Allah memudahkan urusan kalian, memberi kekuatan dan kejayaan yang diredhai. Dan semoga setiap urusan pengajian kita, menjadi batu loncatan untuk kita di akhirat dan semoga kita semua menjadi manusia yang bermanfaat. Amin

Nah, aku share sikit gambar sweet aku dengan examiners dan penyelia tersayang.
Prof Mahfouf (Internal), aku (gadis), Dr Maysam (External, Brunel University) dan
Dr Osman (Penyelia kesayangan a.k.a daddy)
MAK!!! I did it !!

P/s: Semoga aku semakin rajin update. Sekarang perlu penceritaan yang lebih matang, seiring umur yang semakin menginjak naik 😛.

Coretan jari montel









Comments

Popular posts from this blog

Sis di Malaysia

Assalammualaikum.. Sedar tak sedar dah dekat 4 bulan aku jalani kehidupan di tanah air. Malaysia Baru. Cewah. 4 bulan. Macam-macam fasa berlaku. Masih tak berjaya nak istiqomah untuk tetap menulis. Niat di hati, untuk tetapkan budaya menulis dalam diri. Tapi nampaknya, masih belum berjaya lagi 😐. Oh May 2018 ni, pelbagai yang berlaku sepanjang kehidupan 4 bulan ni. Ini merupakan kali kedua untuk aku, mengundi #PRU14. Siapa sangka, PH menerajui pemerintahan. All the best semua. Alhamdulillah, a week after PRU, aku dapat interview untuk ke jawatan Pensyarah. Setelah beberapa tahun bergelar tutor. Heee. Alhamdulillah. The result? Masih tunggu official letter dari Pendaftar. Moganya yang baik-baik sahaja. Alhamdulillah, dapat bekerjasama dgn Kak Elin, pengurus dan pengasuh Rumah Pakats. Thanks Azlia, dan Kak Elin. Alhamdulillah, Allah beri izin untuk tunaikan impian ni dari kecil. Alhamdulillah. Jadi, moralnya, keep think good things. Keep saying good things. Allah dengar s...

Apa yang akan paling dirindui?

Sedetik beberapa hari lagi, in syaa Allah aku bakal pulang ke Malaysia. Berbudi Berbakti gitew. Ada kawan-kawan yang tanya, apa yang kau paling rindu nanti? Selain SV aku, snow dan ofismet yang osem, aku pon tak tahu apa bende lain yang aku bakal rindu. Sehinggalah, saat aku tunaikan solat isyak pada jam 6.00 pm td. Baru aku sedar. Dalam banyak-banyak bende yang aku akan paling rindu, adalah waktu solat musim winter 😆.  Isyak, kol 6.30 pm, kol 8.00 pm, dah boleh tidur dengan enaknya, especially bila diserang migrain waktu winter. Syok sgguh rasa 😜.  Sekian. 

TEWAS

Assalammualaikum, selamat malam... Hari yang memenatkan. Too much inputs. Too many things to do 😭. Takpe, kerja tu ibadahkan, in syaa Allah.  Malam ni sis jamu telinga dengan lagu Misya Omar. OST Jangan Benci Cintaku. Selalu dgr, jiwa kental jek, tapi ntah apesal malam ni sayu sgt.  Untuk pertama kalinya, Sis nangis sungguh-sungguh sambil dengat lagu ni. Hahaha.  Orang kata- Cry helps. Sis pulak gatal g visit FB, tertgk gambar-gambar majlis itu.  Bayangkan, sambil pasang lagu ni, sambil scroll each picture one by one. Nampak tak elemen drama di situ? 😜 Nah, sis tepek lagu ni. Bait-bait lagu ni, kena sgt dgn jiwa sis 😭😭😭. Hidup is all about making decisions. Dari pada yang sis boleh share, dalam setiap keputusan yang kita buat, in syaa Allah, Allah akan beri apa yang kita perlukan. Dalam keadaan kita sebagai manusia, berkendakkan semua yang kita MAHUkan, tapi Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang, akan sentiasa berikan y...